Insiden letupan jambatan Crimea: Russia tahan lapan suspek - Utusan Malaysia

Insiden letupan jambatan Crimea: Russia tahan lapan suspek

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Russia menahan lapan suspek berhubung insiden letupan jambatan yang menghubungkan Crimea dengan Russia.

Perkara itu dimaklumkan oleh Perkhidmatan Keselamatan Persekutuan (FSB) Russia dalam satu kenyataan.

Menurut FSB, suspek itu terdiri daripada lima warga Russia dan tiga warga Ukraine dan Armenia, tanpa memberikan butiran lanjut.

“Bahan letupan itu disembunyikan dalam 22 gulungan filem plastik seberat 22,770 kilogram (kg),” katanya.

Menurut FSB, gulungan itu ditinggalkan di dalam sebuah bot dari pelabuhan Odessa ke Bulgaria pada Ogos lalu.

Ia kemudian melalui pelabuhan Poti di Georgia kemudian dihantar melalui darat ke Armenia sebelum tiba menerusi jalan darat di Russia.

Jelas FSB, sebuah trak dengan plat lesen Georgia yang membawa muatan bahan letupan itu, memasuki Russia pada 4 Oktober lalu.

Trak itu kemudian sampai ke wilayah Krasnodar pada 6 Oktober, dua hari sebelum kejadian letupan.

FSB mendakwa serangan itu dilakukan oleh perkhidmatan rahsia Ukraine, dengan ejen Kyiv menyelaras pergerakan bahan letupan itu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya