Indonesia galak ambil telur sebiji sehari elak tumbesaran terbantut pada kanak-kanak - Utusan Malaysia

Indonesia galak ambil telur sebiji sehari elak tumbesaran terbantut pada kanak-kanak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BLITAR: Agensi Makanan Negara Indonesia (NFA) giat memperkasakan kempen pengambilan telur ayam sekurang-kurangnya sekali sehari sebagai sebahagian daripada usaha memenuhi keperluan nutrisi kanak-kanak, sekali gus mencegah tumbesaran terbantut.

Ketua NFA, Arief Prasetyo Hadi berkata, Hari telur Sedunia disambut bersama penternak ayam di Blitar memandangkan kawasan itu menyumbang 30 peratus pengeluaran telur di Indonesia.

Katanya, telur merupakan antara sumber protein yang boleh didapati pada harga berpatutan, selain senang dimasak.

“Pengambilan sebiji telur sehari dapat memenuhi keperluan protein badan, sekali gus membantu mengelakkan masalah tumbesaran terbantut dalam kalangan kanak-kanak,” katanya seperti yang dilapor Antara News.

Ketua Daerah Blitar, Rini Syarifah memaklumkan, pihak berkuasa tempatan menyokong kempen yang digerakkan NFA untuk kelestarian masyarakat.

Selain itu, Kementerian Kesihatan Indonesia menyatakan, selain membekalkan nutrien kepada wanita hamil, telur juga baik untuk mengekalkan kesihatan bayi dalam kandungan kerana ia mengandungi kolin yang boleh menyokong pertumbuhan serta perkembangan otak janin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya