India sekat eksport gula - Utusan Malaysia

India sekat eksport gula

MSM dan CSR mengesahkan gula gred tersebut belum dikeluarkan dan dipasarkan di Malaysia. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: India melanjutkan sekatan eksport gula selama setahun sehingga Oktober 2023 dan dijangka menetapkan kuota untuk jualan luar negara tahun ini.

India yang juga pengeksport serta pengguna gula terbesar dunia sebelum ini mengeluarkan arahan mengehadkan eksport gula sehingga akhir bulan ini bagi membendung kenaikan harga domestik.

“Pemberitahuan ini bagi memanjangkan dasar kerajaan untuk mengekalkan eksport gula dalam kategori terhad.

“Tetapi keputusan ini tidak bermakna kerajaan tidak akan membenarkan langsung eksport gula sehingga tahun depan,” jelas Pengarah Urusan Persekutuan Kebangsaan Koperasi Kilang Gula, Prakash Naiknavare.

India dijangka membenarkan kira-kira 3 juta tan eksport gula pada suku kedua, menjadikan jumlah penghantaran gula ke luar negara tahun ini kepada kira-kira 8 juta tan.

Menurut Persatuan Kilang Gula India, kumpulan pengeluar India boleh mengeksport sehingga 9 juta tan gula pada musim 2022 hingga 2023.-REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.