Hukuman penjara Suu Kyi ditambah tiga tahun lagi - Utusan Malaysia

Hukuman penjara Suu Kyi ditambah tiga tahun lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YANGON: Mahkamah junta Myanmar menjatuhkan hukuman penjara selama tiga tahun terhadap pemimpin demokrasi negara itu, Aung San Suu Kyi atas dua lagi pertuduhan rasuah.

Ia sekaligus menjadikan keseluruhan tempoh hukuman penjara pemimpin itu bertambah kepada 26 tahun.

Lapor Al Jazeera, mahkamah mendapati pemimpin berusia 77 tahun itu bersalah dan menjatuhkan hukuman penjara selama tiga tahun bagi setiap pertuduhan.

Bagaimanapun, mahkamah memutuskan hukuman penjara itu akan dijalankan secara serentak.

Suu Kyi menyifatkan tuduhan dikenakan terhadapnya sebagai tidak munasabah dan menafikan sebarang salah laku.

Pemimpin itu diletakkan dalam tahan rumah di Naypyidaw dan kes perbicaraan mahkamahnya dijalankan secara tertutup.

Suu Kyi juga sedang dibicarakan atas lima pertuduhan rasuah lain.

Suu Kyi menafikan dakwaan menerima sebanyak AS$550,000 (RM2.3 juta) sebagai rasuah daripada Maung Weik, seorang hartawan yang disabitkan dengan pengedaran dadah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN