Hilang tujuh hari, lelaki ditemukan maut atas bumbung rumah - Utusan Malaysia

Hilang tujuh hari, lelaki ditemukan maut atas bumbung rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Satu mayat lelaki ditemukan di atas bumbung rumahnya, iaitu tujuh hari selepas dia dilaporkan hilang.

Ged Colgan, 32, secara rasmi dilaporkan hilang dari alamat tempat tinggalnya di Leeds pada Jumaat lalu.

Selepas usaha pencarian dilakukan, Colgan akhirnya ditemukan dalam keadaan sudah meninggal dunia di atas bumbung rumahnya.

Polis percaya, mayat lelaki itu sudah berada di atas bumbung sejak hari pertama kehilangannya dilaporkan.

Sementara itu, polis masih menyiasat bagaimana Colgan boleh meninggal dunia di atas bumbung rumahnya memandangkan tiada kesa pergelutan ditemukan.

“Polis belum membuat kenal pasti secara rasmi, namun kami percaya mayat yang ditemukan itu adalah Colgan yang dilaporkan hilang sebelum ini,” menurut jurucakap polis.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN