Empat wanita terima tawaran kerja di Antartika

Empat wanita terima tawaran kerja di Antartika

MAIRI Hilton (dari kiri), Natalie Corbett, Lucy Bruzzone dan Clare Ballantyne dipilih untuk bekerja di pejabat pos di Antartika. - ANTARCTIC HERITAGE TRUST
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Kedengaran aneh tetapi tidak bagi empat wanita Britain yang teruja memulakan kerja baharu mereka di sebuah pejabat pos paling terpencil dan paling sejuk di dunia dengan waktu siang yang panjang di Antartika.

Menariknya, empat wanita ini terpilih daripada 6,000 permohonan yang turut ingin merebut pengalaman kerja paling unik di Pulau Gouldier di Port Lockroy itu.

Lapor The Guardian, Mairi Hilton, Lucy Bruzzone, Clare Ballantyne dan Natalie Corbett,  dipilih oleh badan amal Amanah Warisan Antartika United Kingdom (UK) untuk bekerja selama lima bulan dengan masing-masing diberi tugasan berbeza.

Walaupun perlu tidur di atas kayu keras, tanpa tenaga elektrik, tandas dengan cuaca di bawah parah beku, Corbett, 31, tetap bersemangat sekalipun pengantin baharu ini terpaksa berpisah sebentar dengan suaminya.

Corbet yang menjalankan perniagaan aksesori haiwan peliharaan di Hampshire akan bertanggungjawab mengendalikan kedai cenderamata di pangkalan tertua Britain di Semenanjung Antartika.

Hilton, 30, dari Scotland, yang mempunyai kepakaran bidang biologi pemuliharaan di Australia pula bertugas memantau koloni lebih 1,500 penguin gentoo.

“Ini pengalaman pertama saya di Antartika tetapi saya tidak tahu apa yang diharapkan bila tiba di sana, betapa sejuknya, adakah kita perlu menggali jalan melalui salji ke pejabat pos?” katanya.

Bruzzone, 40, dari London yang menghabiskan tiga bulan di Svalbard sebagai ketua saintis dalam ekspedisi Artik  menjadi ketua pangkalan itu dan menyifatkan pekerjaan baharunya sebagai impian sepanjang hayat.

Ballantyne, 23, dari Lincolnshire yang baru sahaja menamatkan pengajian sarjana sains  di Universiti Oxford menggalas tanggungjawab menguruskan kira-kira 80,000 kad yang dihantar dari pulau itu ke lebih 100 negara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN