Dua kapal kargo bawa bijirin berlepas dari pelabuhan Ukraine - Utusan Malaysia

Dua kapal kargo bawa bijirin berlepas dari pelabuhan Ukraine

GAMBAR hiasan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISTANBUL: Dua kapal kargo yang membawa muatan bijirin dan produk pertanian lain dilaporkan berlepas dari pelabuhan di Ukraine, hari ini.

Menurut laman sesawang trafik maritim, kapal Admiral de Ribas dan Mount Baker meninggalkan pelabuhan beberapa hari selepas Russia menggantung penyertaannya dalam perjanjian yang membenarkan eksport bijirin penting melalui Laut Hitam.

Pusat Penyelarasan Bersama (JCC) memaklumkan sebanyak 12 kapal dijangka meninggalkan pelabuhan Ukraine pada hari ini dan empat daripadanya akan menuju ke negara itu.

Baru-baru ini, Russia memaklumkan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Turki mengenai rancangannya untuk menggantung perjanjian tersebut selepas mendakwa Kyiv melakukan serangan dron besar-besaran ke atas armadanya di Laut Hitam.

Perjanjian Julai yang membenarkan eksport bijirin dimeterai antara Russia dan Ukraine adalah penting untuk meredakan krisis makanan global yang disebabkan oleh konflik berkenaan.

Perjanjian itu sudah membenarkan lebih sembilan juta tan bijirin Ukraine dieksport dan dijangka diperbaharui pada 19 November.

Sementara itu, penyelaras PBB untuk Inisiatif Bijirin Laut Hitam, Amir M. Abdulla menegaskan kapal kargo awam tidak seharusnya menjadi sasaran ketenteraan mana-mana negara. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya