Didakwa bunuh Jamal Kashoggi, Putera Mahkota Arab Saudi 'kebal' pendakwaan - Utusan Malaysia

Didakwa bunuh Jamal Kashoggi, Putera Mahkota Arab Saudi ‘kebal’ pendakwaan

PUTERA MOHAMMED BIN SALMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman, yang berdepan tuntutan mahkamah Amerika Syarikat (AS) berhubung pembunuhan wartawan, Jamal Khashoggi, mempunyai kekebalan daripada pendakwaan.

Peguam baginda menjelaskan, kekebalan itu diperoleh secara langsung selepas pelantikannya sebagai Perdana Menteri Arab Saudi pada minggu lalu.

Jamal didakwa dibunuh oleh ejen Arab Saudi di konsulat negara itu di Istanbul dalam operasi yang dikatakan diarahkan oleh Putera Mohammed.

Baginda adalah pemerintah de facto kerajaan Arab Saudi selama beberapa tahun.

Putera Mohammed bagaimanapun menafikan bahawa baginda mengarahkan pembunuhan Jamal, namun kemudian mengakui ia berlaku ‘di bawah pengawasannya’.

Minggu lalu, Raja Salman melantiknya sebagai perdana menteri dalam titah diraja yang menurut seorang pegawai Arab Saudi, adalah selaras dengan tanggungjawab dilaksanakan oleh putera mahkota itu sekarang.

“Perintah diraja tidak meninggalkan keraguan bahawa Putera Mahkota berhak mendapat imuniti berdasarkan status,” menurut peguam Putera Mohammed dalam petisyen yang meminta mahkamah menolak kes itu.

Beliau turut memetik kes lain di mana AS mengiktiraf kekebalan untuk ketua negara warga asing.

Julai lalu, Presiden AS, Joe Biden, mengadakan lawatan ke Arab Saudi bagi membincangkan isu tenaga dan keselamatan serta memberitahu Putera Mohammed bahawa Biden menganggapnya bertanggungjawab atas pembunuhan Khashoggi.

Biden berkata Putera Mohammed menafikan pembabitannya dan menegaskan mereka yang bersalah sudah dipertanggungjawabkan. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya