Bot karam di Kemboja, 14 kanak-kanak maut - Utusan Malaysia

Bot karam di Kemboja, 14 kanak-kanak maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PHNOM PENH: Sekurang-kurangnya 14 kanak-kanak maut selepas sebuah bot yang membawa kumpulan itu dalam perjalanan pulang dari sekolah, karam di Sungai Mekong, Kemboja.

Bot yang membawa kumpulan pelajar berusia antara 12 hingga 15 tahun, karam di Sungai Mekong pada Khamis lalu, terapung kira-kira 50 meter dari destinasinya di wilayah tenggara Kandal.

Susulan kejadian itu, Ketua polis, Am Thou memaklumkan pihak berkuasa berjaya menahan pemilik dan pengendali bot yang berusia 15 tahun.

Katanya, tiga individu itu ditahan untuk disoal siasat berhubung kejadian tersebut.

“Mereka mungkin terpaksa berdepan tindakan undang-undang.

“Kami sedang meneliti pertuduhan yang sesuai dikenakan terhadap mereka,” katanya.

Tambahnya, ketiga-tiga individu itu dibawa ke ibu pejabat polis di wilayah Kandal yang mana tindakan seterusnya akan ditentukan.

Sebelum ini, Ketua polis Kandal, Chhoeun Sochet berkata, insiden itu berpunca daripada tindakan pemilik feri yang membenarkan lebih muatan, kecuaian serta ketiadaan jaket keselamatan kepada penumpang. – AFP/REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN