CHENNAI: Seorang bapa meninggal dunia akibat serangan jantung selepas mengetahui anak perempuannya maut digilis kereta api.
Portal Indiatimes melaporkan, Manickam, 56, pengsan dan dikejarkan ke hospital selepas mengetahui berita sedih mengenai anak perempuannya sebelum disahkan meninggal dunia.
Terdahulu, Sathyapriya, 20, terbunuh selepas seorang lelaki menolaknya jatuh di landasan ketika kereta api sedang bergerak di St. Thomas Mount di bandar ini.
Pelajar Kolej Jain itu dilaporkan dalam perjalanan untuk menghadiri kuliah apabila dia berdepan dengan penyerang yang dikenali sebagai Satheesh, 23.
Satheesh cuba melarikan diri namun berjaya ditahan polis dan keluarganya mengesahkan mangsa mengenali suspek.
Ibu mangsa merupakan Ketua Polis di balai polis Adambakkam di Chenai, manakala bapa suspek adalah seorang pesara polis.