Bank tersalah sita rumah, pemilik kerugian 2 juta baht

Bank tersalah sita rumah, pemilik kerugian 2 juta baht

BANK tersilap menyita sebuah rumah menyebabkan pemiliknya kerugian 2 juta baht. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Seorang wanita dari Pathum Thani terkejut apabila kediaman beserta segala barangan peribadi miliknya tiba-tiba dirampas pihak bank dengan papan tanda ‘untuk dijual’ tergantung di pagar rumah.

Tidak hanya menukar kunci setiap pintu, Bank Simpanan Kerajaan Thailand yang menghantar bailif untuk mengambil semula rumah di Wanasiri Park View Village itu turut menebang pokok dan mengalihkan bumbung kediaman berkenaan .

Bahkan pemilik rumah yang dikenali sebagai Kanchana turut mendapati pegawai itu seakan menetap di kediamannya apabila tidur dan menggunakan bekalan elektrik serta air selama lebih empat hari.

Namun Kanchana merasa aneh apabila papan tanda untuk dijual dan “harta bank itu tertera nombor 99/44 sedangkan rumahnya bernombor 99/38.

Kanchana, yang tinggal di kawasan lain menghubungi pihak bank meminta penjelasan kerana tidak pernah berhutang atau disaman bank berkenaan.

Kanchana kemudian memfailkan aduan di Balai Polis Lam Lum Kaeo dan hanya selepas hampir seminggu wakil bank berkenaan menghubunginya memohon maaf atas kesilapan mereka menyita rumah yang salah.

Bank itu menganggarkan jumlah kerosakan sekitar 2 juta baht (RM246,512) apabila mereka secara tidak sengaja melupuskan pakaian, buku, gambar keluarga serta beberapa barangan peribadi milik Kanchana dan anak-anaknya.

Namun menurut Kanchana, dia amat kecewa kerana sehingga kini pihak bank berkenaan tidak memberikan sebarang pampasan selepas hampir sebulan kejadian tersebut berlaku.

Mereka yang melakukakan kesilapan seperti itu kemungkinan berdepan tuduhan jenayah dan boleh dikenakan tindakan kerana menceroboh dan menyebabkan kehilangan harta benda.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya