Banjir ragut hampir 200 nyawa di Niger - Utusan Malaysia

Banjir ragut hampir 200 nyawa di Niger

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NIAMEY: Kira-kira 200 orang maut dan lebih suku juta penduduk terjejas dalam kejadian banjir disebabkan hujan lebat di Niger, Afrika Barat.

Data itu didedahkan oleh Perkhidmatan Perlindungan Awam yang menyifatkan angka kematian antara yang paling tinggi dalam rekod.

Menurut hospital dan premis perniagaan bijirin, setakat ini, bencana itu sudah meragut 192 nyawa, menjejaskan lebih 263,000 penduduk selain memusnahkan lebih 30,000 rumah dan sekolah.

Wilayah yang paling teruk terjejas akibat banjir adalah Maradi, Zinder, Dosso di barat daya dan Tahoua di barat.

Dalam pada itu, Ketua Agensi Meteorologi, Katiellou Gaptia Lawan berkata, hujan lebat berterusan yang berlaku tahun ini adalah konsisten dengan impak daripada perubahan iklim.

Musim hujan di Niger biasanya berlaku dari Jun hingga September sehingga menyebabkan kehilangan nyawa.

Pada tahun lalu, seramai 70 orang maut manakala 200 penduduk lagi terjejas akibat bencana banjir yang melanda negara itu.

Berdasarkan penanda aras Indeks Pembangunan Manusia 2020 yang dirangka Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP), Niger merupakan antara negara termiskin di dunia.

Menurut Pertubuhan Palang Merah Antarabangsa dan Bulan Sabit Merah, lebih 4.4 juta orang jatuh dalam kategori `teruk’ krisis makanan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya