66 kanak-kanak maut selepas makan ubat batuk, selesema dihasilkan di India

66 kanak-kanak maut selepas makan ubat batuk, selesema dihasilkan di India

SERAMAI 66 kanak-kanak di Gambia maut selepas mengambil empat jenis ubat batuk dan demam yang dihasilkan di India. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan sedunia (WHO) mengeluarkan notis mengenai ubat batuk dan selesema yang dihasilkan oleh Maiden Pharmaceuticals di India.

Badan itu memaklumkan,ubatan berkenaan mungkin boleh dikaitkan dengan kematian seramai 66 kanak-kanak di Gambia.

WHO menjelaskan, ubat yang sudah dicemari itu mungkin ada yang diedarkan di luar negara Afrika Barat, sekali gus mencetuskan ‘pendedahan global berbahaya’.

Ketua WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata, ubat selesema dan batuk itu mempunyai kaitan dengan kecederaan buah pinggang akut dan 66 kematian dalam kalangan kanak-kanak.

“Kehilangan semua kanak-kanak itu amat menyedihkan buat keluarga mereka dan juga kami.

“Sehubungan itu, WHO akan menyiasat secara teliti dengan syarikat tersebut dan pihak berkuasa kesihatan di India,” katanya.

Berdasarkan notis peringatan yang dikeluarkan WHO, antara ubat yang dicemari termasuk Promethazine Oral Solution, Kofexmalin Baby Cough Syrup, Makoff Baby Cough Syrup dan Magrip N Cold Syrup.

Semalam, pihak berkuasa Gambia mula mengumpul sirap paracetamol dan promethazine dari kawasan pinggir bandar.

Siasatan yang dilakukan pihak berkuasa kesihatan Gambia sejak Julai lalu mendapati bakteria E.coli mungkin menyebabkan kegagalan fungsi buah pinggang dalam kalangan kanak-kanak yang mengambil ubatan berkenaan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya