ATHENS: Sekurang-kurangnya 15 maut selepas dua bot yang membawa pendatang asing karam di perairan Greece, pada Rabu.
Pihak berkuasa berusaha mencari belasan mangsa yang masih hilang hari ini.
Pengawal pantai berkata, 15 mayat ditemukan berdekatan pulau Lesbos selepas bot yang membawa 40 penumpang terbalik dan tenggelam di perairan itu.
“Lima penumpang sudah diselamatkan dan tiga yang lain diletakkan berdekatan kawasan berbatu dari lokasi bot tenggelam.
“Usaha mencari dan menyelamat kedua dijalankan beberapa ratus kilometer ke arah barat berdekatan pulau Kythira,” katanya.
Kebanyakan migran menyeberang ke Greece kerana mahu menuju ke Turkiye.
Namun, penyeludup mengubah laluan sejak beberapa bulan lalu, bagi mengelakkan terserempak dengan pengawal pantai di perairan Greek.-AP











