1.4 juta kanak-kanak Sudan Selatan kekurangan zat makanan

1.4 juta kanak-kanak Sudan Selatan kekurangan zat makanan

JUMLAH kanak-kanak yang kekurangan zat makanan di Sudan Selatan semakin bertambah setiap tahun akibat bencana alam dan konflik berterusan. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NAIROBI: Seramai 1.4 juta kanak-kanak berusia bawah lima tahun mengalami masalah kekurangan zat di Sudan Selatan akibat konflik dalaman dan bencana alam yang berlaku.

Badan amal yang berpangkalan di Britain, Save the Children semalam memaklumkan, Sudan Selatan berdepan krisis kebuluran terburuk sejak mencapai kemerdekaan dari Sudan pada 2011.

“Situasi di negara itu semakin buruk dalam tempoh beberapa bulan ini dengan lebih 615,000 penduduk terkesan akibat banjir besar yang berlaku empat tahun berturut-turut sehingga memusnahkan banyak rumah serta pertanian.

“Kes jangkitan malaria dan dipatuk ular juga meningkat dengan kanak-kanak dan wanita paling banyak terjejas,” jelas badan itu dalam kenyataan.

Seperti kebanyakan negara lain, Sudan Selatan juga terkesan dengan peperangan yang berlaku di Ukraine, menyaksikan harga makanan dan minyak global naik mendadak.

Nilai mata wang di negara itu dilaporkan menurun sehingga 40 peratus tahun ini.

Program Makanan Sedunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Mac lalu memberi amaran, lebih 70 peratus daripada 11 juta penduduk di Sudan Selatan berdepan kebuluran akut pada tahun ini akibat bencana alam dan konflik.

Sehubungan itu, Save the Children menggesa para pemimpin dunia yang bakal menghadiri sidang kemuncak iklim COP27 di Mesir untuk meningkatkan bantuan dana bagi melindungi golongan berisiko di negara tersebut.

“Generasi pertama kanak-kanak Sudan Selatan kini semakin membesar dan kita seharusnya mengecewakan mereka dengan membenarkan negara itu ‘dilupakan oleh dunia’,” kata Pengarah Save the Children Sudan Selatan, Jin Rabiltossaporn. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya