Zelensky 'kecewa' Israel tidak bekalkan sistem Iron Dome kepada Ukraine - Utusan Malaysia

Zelensky ‘kecewa’ Israel tidak bekalkan sistem Iron Dome kepada Ukraine

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KYIV: Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky menzahirkan rasa kecewa dengan kegagalan Israel memberikan sistem antipeluru berpandu kepada Kyiv untuk membantu menentang serangan Russia.

Zelensky sudah meminta senjata itu sejurus perang bermula pada Februari dan turut menyatakan mengenai sistem pertahanan peluru berpandu Iron Dome (Kubah Besi) Israel yang sering digunakan untuk memintas roket yang ditembak oleh Palestin di Gaza.

“Saya tidak tahu apa yang berlaku kepada Israel. Saya secara jujur dan berterus-terang rasa terkejut dan kecewa kerana tidak faham mengapa mereka tidak dapat memberikan kami bantuan sistem pertahanan udara,” katanya dalam satu wawancara umum semalam.

Zelensky membuat kenyataan itu dalam temu bual dengan wartawan Perancis pada Rabu lalu, namun pejabatnya hanya mengeluarkan rakaman wawancara itu semalam.

Kenyataan Zelensky itu lebih tegas daripada apa yang sudah dinyatakannya pada Mac lalu selepas dia menegur Israel kerana keengganan menghantar senjata.

Ketika itu, Israel tidak komited menyatakan mereka akan membantu Ukraine seberapa banyak yang boleh.

Israel turut mengecam pencerobohan Russia, tetapi berhati-hati dengan hubungan dengan Moscow yang menjadi perantara kuasa di negara jiran Syria, dengan tentera Israel sering menyerang militia pro-Iran.

“Saya faham mereka mempunyai situasi yang sukar berhubung (situasi) dengan Syria dan Russia.

“Saya nyatakan fakta, perbualan saya dengan kepemimpinan Israel tidak melakukan apa-apa untuk membantu Ukraine,” kata Zelensky sambil berkata, dia bagaimanapun tidak akan membuat tuduhan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN