Youtuber Thailand tipu 6,000 mangsa       - Utusan Malaysia

Youtuber Thailand tipu 6,000 mangsa      

NUTTY Nathamon
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Mahkamah Jenayah di Thailand mengeluarkan waran tangkap terhadap Youtuber terkenal, Nutty Nathamon selepas didapati menipu lebih 6,000 mangsa dalam skim pelaburan tukaran mata wang asing membabitkan kerugian hampir 2 bilion baht (RM244.91 juta).

Memetik laporan thethaiger.com, Nutty kini dikehendaki dan didakwa atas tuduhan bersubahat untuk menipu orang ramai serta dua pertuduhan lain.

Menurut mahkamah, kes Nutty dikaitkan dengan kes pasangan dari Thailand dan Singapura yang ditahan di Malaysia atas tuduhan penipuan.

Pasangan berkenaan didakwa gagal menghantar barangan mewah yang kebanyakannya merupakan jam tangan mewah bernilai AS$2 juta (RM8.95 juta) kepada pelanggan.

Mahkamah memaklumkan Nutty dari wilayah Pathum Thani, sudah menukar namanya secara sah sebanyak tiga kali.

“Nama baharu wanita itu adalah Suchata Kongsupachak berbanding dua namanya sebelum ini yang merupakan Leah Kongchak dan Natthamon Kongchak,” jelas mahkamah.  

Setakat ini, keberadaan Nutty masih tidak diketahui walaupun dipercayai sudah melarikan diri ke Malaysia.

Menerusi Youtube, Nutty mendakwa dia merupakan seorang peniaga Forex yang berjaya dan menggalakkan 800,000 pengikutnya melabur dalam skim pelaburan itu. 

Menurut peguam, Phaisal Ruangrit, seorang pelabur mendepositkan 18 juta baht (RM2.20 juta) terus ke akaun bank Nutty. 

“Lima bulan lalu, Nutty menggalakkan pengikutnya mendepositkan wang ke dalam akaunnya dengan menjanjikan pulangan 25 peratus bagi kontrak tiga bulan, pulangan 30 peratus untuk kontrak enam bulan dan 35 peratus bagi kontrak 12 bulan,” jelasnya. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN