Wanita guna pistol mainan kejutkan suami tidur - Utusan Malaysia

Wanita guna pistol mainan kejutkan suami tidur

TANGKAP layar rakaman video menunjukkan Amy Al menggunakan pistol mainan untuk mengejutkan pasangannya yang sukar bangun daripada tidur. - TIKTOK 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seorang wanita terpaksa menggunakan pistol mainan Nerf untuk mengejutkan suaminya yang tertidur di dalam bilik wad bersalin di hospital.

Suami wanita itu tertidur ketika menemani isterinya yang melahirkan anak keempat mereka.  

Amy Al tampil mendedahkan kaedah menggunakan pistol mainan itu, dalam satu rakaman video yang tular dalam aplikasi TikTok.

Lapor Daily Mail, Amy berkata, pistol mainan itu perlu dimiliki oleh semua wanita berkahwin khususnya yang baru melahirkan anak.   

Amy yang bersalin secara pembedahan caesarean mengaku pistol mainan itu amat berguna ketika mengejutkan suaminya yang sukar bangun tidur dan sentiasa berasa letih.

“Suami saya suka kanak-kanak malah sanggup menjaga mereka sampai lewat malam, namun masalahnya dia suka tidur dan ini menyukarkan saya ketika memerlukan bantuannya.

“Jadi, saya terpaksa menggunakan pistol mainan untuk mengejutkannya dari tidur di hospital.

“Saya dapati kaedah ini amat berkesan dan perlu digunakan oleh semua wanita yang bersalin,” katanya.

Dalam video tersebut, Amy dilihat melepaskan beberapa tembakan dari pistol mainan itu ke arah suaminya yang tidur nyenyak di katil berasingan di hadapannya sehingga pasangannya terpaksa bangun dari katil.

Menurut Amy, doktor dan jururawat di hospital tersebut turut menganggap idea penggunaan pistol mainan itu sesuatu yang amat bijak.         

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN