Tak puas hati ditukar kelas,guru letak klorin dalam makanan murid

Tak puas hati ditukarkan kelas, guru campur klorin dalam makanan murid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAITAMA: Seorang guru Sekolah Rendah Mizutani-Higashi diberkas polis selepas mencampurkan bahan peluntur dalam hidangan tengah hari murid. 

Lapor Kyodo News, polis mengesahkan suspek, Ayana Hanzawa meletakkan peluntur klorin di dalam bekas hidangan kari, kira-kira pukul 11.30 pagi, 15 September lalu. 

Kegiatan suspek berjaya dihidu selepas beberapa kanak-kanak menyedari bau pelik yang datang daripada makanan itu.

Bahan peluntur yang dicampur dalam makanan itu akan dihidangkan kepada kanak-kanak di kelas baharunya.  

Mereka kemudian memberitahu guru lain dan mujur bahan makanan itu belum dijamah sesiapa. 

Sampel makanan itu kemudian dihantar untuk dianalisis sebelum keputusan menunjukkan ia mengandungi klorin. 

Menurut polis, hasil siasatan mendapati Hanzawa yang mengajar di sekolah itu sejak dua tahun lalu, membeli peluntur di farmasi berhampiran. 

“Kita dapati suspek sebenarnya kecewa kerana ditukar menjadi guru kelas lain pada April lalu, walaupun mahu kekal dengan kelasnya sebelum ini.

“Guru itu disiasat atas dakwaan berbuat khianat terhadap perniagaan,” katanya. 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN