ROSTHERN: Selepas beberapa hari menjadi buruan pihak berkuasa, suspek kedua yang didakwa terlibat dalam kes tikaman beramai-ramai di barat Kanada berakhir apabila lelaki berusia 32 tahun itu meninggal dunia selepas ditahan.
Jurucakap polis, Rhonda Blackmore berkata, Myles Sanderson yang disyaki bersama adiknya menikam 10 orang dan mencederakan 18 yang lain dalam satu kejadian di komuniti Orang Asli di Weldon.
Katanya, Myles mengalami ‘tekanan perubatan’ selepas ditahan polis di wilayah Saskatchewan sebelum di bawa ke hospital dan disahkan meninggal dunia.
Namun, beliau tidak mendedahkan punca kematian sebenar lelaki tersebut.
Pada Isnin lalu, adiknya, Damien Sanderson ditemukan mati di kawasan berumput di komuniti Cree.
Pihak berkuasa tidak menolak kemungkinan Damien dibunuh oleh abangnya yang ditahan 100 kilometer dari lokasi kejadian.
Sementara itu, polis tidak dapat mengenal pasti motif serangan berikutan kematian dua beradik tersebut. – AFP