Singapura tarik balik produk kicap dari Malaysia

Singapura tarik balik produk kicap dari Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Republik ini menarik balik produk kicap dari Malaysa selepas mengesan asid benzoik melebihi had seperti termaktub dalam Peraturan Makanan Singapura.

Channel News Asia melaporkan, kicap Jenama Hand Flower itu didapati tidak mengisytiharkan penggunaan asid benzoik pada label pembungkusan makanan.

Susulan itu, Agensi Makanan Singapura (SFA) mengarahkan pengimport, Hen Yoon Trading Pte Ltd menarik balik produk terbabit sebagai langkah berjaga-jaga.

Langkah itu melibatkan semua kicap jenama Hand Flower Brand Soy Sauce dengan nombor kelompok KSS0 125 dan tarikh guna sebelum 26 Julai 2025.

Menerusi Peraturan Makanan Singapura, hanya bahan makanan tambahan dengan had tertentu dibenarkan untuk digunakan.

“Pengguna tidak boleh mengambil makanan yang mengandungi tahap asid benzoik yang tinggi pada tempoh lama.

“Ini kerana walaupun asid benzoik adalah bahan pengawet biasa yang selamat apabila digunakan dalam jumlah kecil, kajian ke atas haiwan yang diberi makan dengan dos tinggi asid benzoik, menunjukkan gangguan pada sistem saraf pusat serta perubahan dalam otak.

“Bagaimanapun, penggunaan sekali sahaja produk itu tidak akan menjadi kebimbangan, kerana kicap bukan makanan ruji yang diambil pada kadar berlebihan,” katanya dalam kenyataan akhbar.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya