Sembilan maut, 31 cedera gudang runtuh di Brazil - Utusan Malaysia

Sembilan maut, 31 cedera gudang runtuh di Brazil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAO PAULO: Sekurang-kurangnya sembilan orang maut dan 31 lagi cedera selepas sebuah gudang yang menjadi lokasi acara kempen menjelang pilihan raya, runtuh sebahagiannya di Brazil.

Menurut pihak berkuasa, tragedi itu berlaku ketika dua calon Kongres melakukan lawatan ke sebuah syarikat kontena perkapalan di Sao Paulo.

Calon Kongres, Ely Santos dan calon dewan undangan negeri, Jones Dozinette antara individu yang cedera dalam insiden yang berlaku di pinggir bandar Itapecerica da Serra.

Beberapa gambar yang dimuat naik di media sosial menunjukkan pasukan penyelamat sedang mengalihkan serpihan struktur konkrit yang runtuh.

Jurucakap perkhidmatan kecemasan Sao Paulo, Luciana Soares berkata, seramai 64 orang berada di lokasi tersebut pada masa itu.

“Kami sedang berusaha sedaya upaya untuk memastikan operasi menyelamat bergerak secepat mungkin.,” katanya dalam kenyataan.

Brazil akan mengadakan pilihan raya pada 2 Oktober depan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN