'Sampai kiamat rakyat tidak akan terima kenaikan itu' - Utusan Malaysia

‘Sampai kiamat rakyat tidak akan terima kenaikan itu’

GOLONGAN pelajar universiti merusuh dengan polis ketika membantah kenaikan harga bahan bakar bersubsidi di Jombang, Jawa Barat. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Selepas beberapa hari kerajaan Indonesia memutuskan untuk menaikkan harga petrol buat pertama kali sejak 2014, masyarakat negara ini terus membantah dan mengkritik pentadbiran Joko Widodo (Jokowi).

Parti Gelora turut menyifatkan keputusan tersebut sebagai langkah yang tidak akan pernah diterima masyarakat ‘sehingga kiamat’.

Timbalan ketuanya, Fahri Hamzah berkata, keputusan tersebut hanya menambah beban hidup masyarakat yang ketika ini sudah pun terbeban sejak pandemik Covid-19.

“Hal itu (kenaikan harga bahan bakar) tidak akan pernah diterima rakyat sehingga kiamat. Mungkin bunyinya agak kasar, namun itulah realitinya,” katanya seperti yang dilaporkan CNN Indonesia.

Beliau menyatakan, tanggapan kerajaan yang menyebut bahan bakar bersubsidi selama ini hanya dinikmati golongan pertengahan dan atasan hanyalah sekadar retorik.

Katanya, kerajaan secara jelas hanya mencari alasan bagi menutupi kelemahan dan kekurangan mereka yang tidak dapat membendung kenaikan.

“Mereka (golongan kapitalis) ingin bersaing secara sempurna, tanpa ada sebarang subsidi, dan ini membebankan mereka yang berpendapatan kurang,” ujarnya.

Jokowi sebelum ini memaklumkan, penyebabkan utama kenaikan harga bahan bakar bersubsidi adalah disebabkan oleh kerajaan mahu mengurangkan beban subsidi.

Sementara itu, golongan pelajar universiti mengadakan protes bantahan kenaikan tersebut di beberapa kawasan di sekitar Jakarta, termasuk di Istana Negara dan Patung Kuda Arjunawiwaha.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN