Russia mulakan kerahan pasukan simpanan, tidak semua rela bertempur di Ukraine

Russia mulakan kerahan pasukan simpanan, tidak semua rela bertempur di Ukraine

RUSSIA mahu menggerakkan 300,000 anggota sukarelawan ke Ukraine bagi membantu pasukan tenteranya bertempur. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KYIV: Ketenteraan Russia kelmarin memaklumkan, sekurang-kurangnya 10,000 sukarelawan menyatakan kesediaan untuk bertempur di Ukraine dalam tempoh 24 jam selepas arahan kerahan pasukan simpanan dikeluarkan.

Biarpun media Barat melaporkan terdapat sejumlah rakyat Russia yang enggan menyertai program tersebut sehingga ada yang melarikan diri, Moscow menegaskan, ‘tiada ada apa yang dapat menghalang mereka kukuhkan kedudukan di Ukraine’.

Video amatur yang dikongsi dalam media sosial menunjukkan ratusan rakyat Russia di seluruh negara ‘memberi respon positif’ mengenai arahan yang dikeluarkan oleh Presiden Vladimir Putin.

Kerahan pasukan simpanan itu dilakukan selepas empat wilayah Ukraine mengundi untuk menjadi sebahagian daripada wilayah Russia, menyebabkan Kyiv dan sekutunya ‘tidak senang duduk’.

Langkah itu juga disebabkan oleh tentera Ukraine berjaya menawan wilayah Kharkiv yang selama ini dikuasai Russia sejak peperangan bermula.

Dalam pada itu, penduduk Russia yang enggan bertempur di Ukraine mula menempah tiket penerbangan untuk meninggalkan negara itu.

Penerbangan ke beberapa negara jiran, terutamanya republik bekas Kesatuan Soviet menjadi pilihan mereka apabila kebanyakan tempahan tiket pesawat sudah penuh biarpun harga yang ditawarkan adalah tinggi.

“Saya tidak mahu berperang. Saya tidak mahu mati dalam peperangan yang sia-sia ini,” kata seorag rakyat Russia yang dikenali sebagai Dmitri dan dia dalam perjalanan ke Armenia.

Armenia menjadi satu daripada destinasi utama untuk rakyat Russia melarikan diri sejak perang tercetus pada 24 Februari lalu.

Seorang lagi rakyat Russia yang enggan menyahut seruan kerajaan, Sergei berkata, situasi di negara itu menyebabkan ramai yang berhasrat tinggalkan negara.

Selain itu, Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky turut menggesa supaya rakyat Russia menolak arahan Putin.

“Anda boleh lakukan protes, larikan diri atau menyerah untuk terkorban.

“Anda terlibat dalam jenayah ini kerana anda diam dan anda mampu keluar dari kemelut yang berlaku sekiranya berani mengambil tindakan,” ujarnya.

Sementara itu, Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken mendesak Putin diheret ke muka pengadilan berhubung tindakannya menyerang Ukraine. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya