VLADIVOSTOK: Sekurang-kurangnya enam orang maut ketika mendaki gunung Klyuchevskaya Sopka yang terletak di wilayah Kamchatka, timur Russia.
Berdasarkan laporan media tempatan, pasukan penyelamat gagal mengesan enam lagi pendaki di gunung berapi aktif tertinggi di Eurasia disebabkan cuaca buruk.
Lapor BBC, dua pendaki dipercayai berteduh di sebuah kem yang terletak pada ketinggian 3,300 meter dari paras laut, manakala empat lagi berada dalam khemah pada ketinggian 4,000 meter.
Kesemua pendaki itu merupakan warga Russia.
Sekumpulan 12 individu termasuk dua jurupandu memulakan misi mendaki gunung Klyuchevskaya Sopka pada Selasa lalu.
Bagaimanapun, beberapa hari kemudian, empat pendaki dipercayai maut selepas terjatuh pada ketinggian 4,000 meter.
Dua lagi pendaki meninggal dunia sejurus selepas insiden itu.
Seorang daripada jurupandu dilaporkan patah kaki dan keadaan pendaki yang lain tidak diketahui.
Pasukan penyelamat masih sedang mencari pendaki berkenaan.