LONDON: Ratu Elizabeth II selamat disemadikan di King George VI Memorial Chapel yang turut menempatkan mendiang suaminya, Duke of Edinburgh, hari ini.
Mendiang Ratu yang berusia 96 tahun disemadikan dalam Bilik Kebal Diraja di St. George’s Chapel selepas tempoh berkabung selama 10 hari berakhir.
Lokasi itu juga merupakan tempat persemadian bonda dan ayahanda mendiang.
Terdahulu, kenderaan yang membawa mendiang selamat tiba di Istana Windsor kira-kira pukul 10.40 malam (waktu tempatan).
Kenderaan tersebut bergerak dari Wellington Arch selama dua jam perjalanan selepas upacara penghormatan yang dihadiri pemimpin dunia diadakan di Westminster Abbey.
Sepanjang perjalanan itu, rakyat Britain yang setia berdiri di tepi jalan berpeluang memberikan penghormatan dan lambaian terakhir buat baginda.-BBC