Raja Charles III panas baran, kuat bekerja

Raja Charles III panas baran, kuat bekerja

RAJA Britain baharu, Raja Charles III disifatkan sebagai seorang yang panas baran dan mempunyai etika kerja yang ‘melampau’. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Monarki baharu Britain, Raja Charles III disifatkan sebagai seorang pemimpin yang ‘panas baran dan mempunyai etika kerja melampau’ sehingga mencetuskan rasa tidak selesa dalam kalangan petugas istana.

Menurut seorang bekas petugas menerusi buku berjudul ‘Courtiers: The Hidden Power Behind the Crown‘, Charles ‘jarang menyasarkan kemarahannya terhadap seseorang’.

“Banyak perkara boleh mencetuskan kemarahannya, terutamanya media.

“Baginda merupakan seorang pemimpin yang sentiasa mempunyai banyak idea dan stamina, selain kuat bekerja iaitu tujuh hari seminggu,” kata bekas petugas tersebut.

Disebabkan Charles merupakan raja yang ‘terlalu mendesak’, maka baginda juga mengharapkan sikap yang sama dalam kalangan pekerjanya.

Hal itu termasuk baginda boleh menghubungi petugasnya pada bila-bila masa, termasuk semasa perayaan Krismas.

“Pada bila-bila masa, baginda akan menghubungi petugasnya untuk bertanyakan sesuatu isu atau mahukan sesuatu.

“Keadaan itu sentiasa tegang kerana baginda sentiasa mahukan petugasnya bersedia setiap masa,” ujar bekas petugas berkenaan.

Selain itu, Charles juga tidak suka hanya bergantung kepada seorang penasihat dan sering mendapatkan idea menerusi sejumlah penasihat dari luar mengenai pelbagai perkara termasuk perubatan, perniagaan, pertanian organik, perumahan, kesenian Islam dan media.

Keadaan itu menunjukkan Charles tidak boleh membuat keputusan hanya berdasarkan satu sumber atau pendapat.

Sementara itu, buku tersebut turut menyentuh mengenai anak-anak Charles iaitu Putera William dan Putera Harry bersama isteri masing-masing.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya