Raja Charles III diisytihar sebagai Raja Britain - Utusan Malaysia

Raja Charles III diisytihar sebagai Raja Britain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Anak sulung Ratu Elizabeth II, Raja Charles III secara rasmi diisyitharkan sebagai Raja Britain dalam satu upacara yang bersejarah diadakan di Istana St. James di London, hari ini.

Berita kemangkatan Ratu Elizabeth II diumumkan oleh badan upacara, Majlis Pemilihan sebelum mengisytiharkan Raja Charles sebagai raja baharu negara itu.

Upacara rasmi yang pertama kali disiarkan di televisyen, merupakan formaliti berkurun lama bagi mengiktiraf kedaulatan raja baharu walaupun baginda secara automatik menjadi raja selepas kemangkatan bondanya.

Raja Charles, 73, yang secara rasmi dinamakan sebagai raja baharu, memaklumkan bahawa baginda `amat menyedari mengenai tanggungjawab besar dan peranan yang harus dipikul’.

Ratusan anggota Majlis Pemilihan termasuk Perdana Menteri Britain, Liz Truss, isteri Charles, Camilla dan anak sulung serta pewaris, William hadir pada upacara rasmi itu.

Raja Charles ketika berucap dalam upacara itu berikrar untuk mencontohi bonda baginda yang ‘berkhidmat sepanjang hayat’.

Upacara rasmi itu berlangsung di bilik utama Istana St James, di mana Majlis Pemilihan menyempurnakan dua bahagian iaitu yang mana sesi pertama Charles tidak hadir semasa badan upacara mengisytiharkan baginda sebagai raja.

Pegawai majlis berkenaan mengumumkan bahawa: “Putera Charles Philip Arthur George kini, susulan kemangkatan Ratu yang dikenang mesra, diisytiharkan sebagai Raja Charles III… Tuhan selamatkan Raja!”

Anggota majlis yang hadir kemudian melaungkan: “Tuhan selamatkan Raja!”

Pengumuman pelantikan Raja Charles disusuli dengan makluman kepada khalayak umum menerusi tiupan trumpet dan pengisytiharan dari balkoni istana. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN