Pramugara Virgin Atlantic boleh pakai pakaian seragam petugas wanita

Pramugara Virgin Atlantic boleh pakai pakaian seragam petugas wanita

KAKITANGAN Virgin Atlantic kini boleh memilih pakaian seragam yang mewakili mereka di tempat kerja. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Syarikat penerbangan Virgin Atlantic mengemas kini beberapa syarat polisi pakaian seragam kakitangan di tempat kerja, dengan menghapuskan keperluan pemakaian berdasarkan jantina.

Langkah itu dikecam oleh para penumpang yang menyifatkan syarikat penerbangan tersebut gagal memberi tumpuan kepada isu lebih penting seperti harga tiket dan pengalaman penumpang.

Lapor Daily Mail, kakitangan termasuk anak kapal dan juruterbang kini boleh memilih untuk memakai mana-mana pakaian seragam terbaik yang mewakili mereka di tempat kerja.

“Ia termasuk membenarkan kakitangan lelaki memakai skirt dan wanita mengenakan seluar serta meningkatkan pilihan pakaian yang tersedia bagi kakitangan bukan binari.

“Syarikat itu turut memperkenalkan lencana ganti nama dalam usaha membenarkan kakitangan memakai pakaian seragam yang menyatakan identiti sebenar mereka,” jelas laporan itu.

Sebelum ini, pilihan pakaian syarikat berwarna merah biasanya dipakai oleh pramugari wanita manakala warna burgundy pula dikenakan oleh pramugari lelaki.

Syarikat penerbangan itu bekerjasama dengan selebriti Michelle Visage dalam usaha `mencerminkan kepelbagaian jantina tenaga kerjanya’ dan menawarkan fleksibiliti pakaian seragam kepada kakitangannya.

“Ini juga bermakna rakan sekerja dapat memilih untuk memakai pakaian seragam merah atau burgundy, bergantung pada mana yang mencerminkan diri mereka,” jelas laporan.

Menurut Virgin Atlantic, perubahan itu menjadikannya sebagai `syarikat penerbangan paling inklusif di langit’.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya