Perjalanan terakhir Ratu Elizabeth dari Edinburgh ke London

Perjalanan terakhir Ratu Elizabeth dari Edinburgh ke London

POTRET Ratu Elizabeth II diletakkan atas jambangan bunga yang memenuhi luar Istana Buckingham di London. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pegawai diraja Britain mengumumkan upacara pengebumian peringkat negara untuk mendiang Ratu Elizabeth II akan berlangsung pada 19 September ini, selepas Raja Charles III diisytiharkan secara rasmi sebagai pemerintah baharu, kelmarin.

Keranda mendiang ratu yang diperbuat daripada kayu oak dan dilitupi bendera ‘Royal Standard’ Scotland bersama kalungan bunga, kini ditempatkan dalam dewan di Istana Balmoral.

Ia dibawa ke Edinburgh semalam menerusi jalan darat dengan melalui kawasan perkampungan tanah tinggi selama enam jam bagi membolehkan orang ramai di kawasan sekitar memberi penghormatan terakhir.

Keranda itu kemudiannya akan diterbangkan ke London esok dan ditempatkan di Istana Buckingham sebelum dibawa ke Westminster Abbey sehingga upacara pengebumian berlangsung.

Upacara tersebut dijangka berlangsung pada pukul 11 pagi waktu tempatan.

Dalam majlis pengisytiharan semalam, Raja Charles III menjadi monarki ke-41 dalam susur galur diraja tersebut.

Kedudukan itu menyaksikan baginda bukan sahaja menjadi raja dan ketua kepada United Kingdom, tetapi juga 14 kerajaan lain termasuk Australia, Kanada, Jamaica, New Zealand dan Papua New Guinea. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN