Pelarian Ukraine rampas suami orang akhirnya berpisah

Pelarian Ukraine rampas suami orang akhirnya berpisah

LORNA (kiri) dirujuk semula suaminya (tengah) selepas lelaki itu berpisah dengan pelarian Ukraine, Sofiia (kanan).-NY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seorang lelaki yang pernah berpisah dengan isterinya kerana pelarian Ukraine, akhirnya membuat keputusan untuk hidup bersama kembali. 

Sejak awal Mei lalu, Tony Garnett, 29, jatuh cinta dengan Sofiia Karkadym, 22, sehingga sanggup meninggalkan isterinya, Lorna, 28, walaupun sudah berkahwin sejak 10 tahun lalu. 

Pelarian Ukraine itu berjaya meruntuhkan rumah tangga pasangan tersebut hanya dalam masa 10 hari selepas tinggal di kediaman mereka di Bradford. 

Sofiia yang melarikan diri dari bandar Lviv di barat Ukraine akibat pencerobohan Russia di negara itu akhirnya ditinggalkan Garnett. 

Hubungan cinta itu hanya bertahan selama empat bulan selepas pengawal keselamatan di perumahan tersebut memberitahu pasangan itu sudah putus dan Sofiia dihalau keluar dari rumah sewanya. 

Sofiia dituduh kerap merosakkan dinding dengan pisau dan mengganggu hubungan lelaki itu dengan dua anak perempuannya berusia 10 dan tiga tahun. 

Lorna pula dikatakan terkejut dengan berita itu kerana berlaku terlalu cepat. 

Seorang rakan terdekat memberitahu Lorna sangat terluka dengan tindakan bekas suaminya, namun, dia tetap kuat kerana tumpuannya kini tertumpu kepada anak-anaknya. 

Menerusi temu bual dengan MailOnline, Garnett berkata, dia ‘muak’ dengan hubungan cinta bersama pelarian Ukraine itu. 

Katanya, sikap dan tindakan Sofiia tidak rasional sepanjang empat bulan setengah mereka bersama. 

“Pada satu malam, dia pernah mengambil pisau dan menikam dinding berulang kali. 

“Kejadian itu benar-benar menakutkan dan saya terpaksa menghubungi polis. Saya langsung tidak gembira bersama dia kerana saya sentiasa risau tentang keselamatan diri. 

Garnett juga turut melahirkan kekesalan kerana sanggup meninggalkan isteri dan anak-anaknya hanya kerana seorang pelarian Ukraine. 

“Saya tinggalkan Lorna dan dua anak hanya kerana untuk wanita itu. 

“Saya berusaha keras untuk membina semula hubungan yang sudah hancur. Saya tahu perpisahan kami sebelum ini mendapat liputan meluas di media,” katanya. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya