Mohammed Salman dilantik PM Arab Saudi

Mohammed Salman dilantik Perdana Menteri Arab Saudi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIYADH: Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed Salman dilantik sebagai Perdana Menteri menerusi rombakan Kabinet yang dititahkan Raja Salman. 

Mohammed, 37, yang dikenali sebagai MBS menggalas tanggungjawab sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan Arab Saudi, sebelum ini. 

Adiknya, Khalid Salman menggantikan tempat beliau sebagai Menteri Pertahanan yang sebelum ini memegang jawatan sebagai timbalan bagi kementerian tersebut. 

Dekri Diraja mengesahkan semua jawatan menteri kanan lain termasuk Menteri Luar, Putera Faisal Farhan Al Saud, Menteri Kewangan, Mohammed al-Jadaan dan Menteri Pelaburan, Khalid al-Falid. 

Pelantikan MBS sebagai perdana menteri yang dipegang oleh raja berusia 86 tahun sebelum ini menandakan proses peralihan kuasa secara beransur-ansur. 

Dekri Diraja yang dititahkan Selasa lalu, tidak menyatakan sebab yang jelas di sebalik pelantikan itu. 

Namun, agensi berita kerajaan, SPA memaklumkan raja yang kekal sebagai ketua negara akan tetap mempengerusikan mesyuarat Kabinet yang dihadirinya. 

Mei lalu, Raja Salman dimasukkan ke hospital bagi menjalani pemeriksaan dan rawatan perubatan. 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya