Minyak masak terpakai jadi bahan api pesawat di Thailand

Minyak masak terpakai jadi bahan api pesawat di Thailand

SYARIKAT Thailand bekerjasama dengan syarikat Itali bagi membangunkan teknologi menukar minyak masak terpakai menjadi bahan api pesawat.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Syarikat petroleum, Bangchak Corporation Plc (BCP) memaklumkan projek menghasilkan bahan api penerbangan daripada minyak masak terpakai di Thailand sudah menerima pelaburan 10 bilion baht (RM1.2 juta).

Sekiranya rancangan mengikut seperti yang dijadualkan, produk tersebut akan tersedia di pasaran untuk dibeli semasa suku keempat, 2024, lapor Thaiger.

Bagi memastikan rancangan itu berjaya, pihaknya memerlukan minyak masak terpakai daripada rakyat Thailand.

Oleh itu, orang ramai dijemput membawa minyak masak terpakai untuk dijual atau ditukar ganti di 2,000 lokasi seluruh negara.

Minyak masak terpakai juga akan dikumpul dari industri makanan di negara ini termasuk beberapa rangkaian restoran makanan segera.

Difahamkan, industri makanan menghasilkan 17 juta liter minyak masak terpakai setiap bulan yang cukup untuk menghasilkan 1,000 liter minyak biojet sehari.

Ketua Pegawai Operasi BCP, Chaiwat Kovavisarat berkata, projek kali pertama seumpamanya di Thailand akan menerima dana pelaburan permulaan antara lapan hingga 10 bilion baht.

Jelasnya, BCP bekerjasama dengan syarikat Itali bagi membangunkan teknologi untuk menukar minyak masak terpakai menjadi bahan api pesawat.

“Bagi projek ini, BCP mempunyai kelebihan hidrogen iaitu bahan yang diperoleh semasa proses penyulingan.

“Hidrogen boleh digunakan untuk membersihkan minyak sayuran terpakai dan mengubahnya menjadi bahan api ‘Biojet’. Ia merupakan projek yang lebih menjimatkan,” katanya.

Chaiwat berkata, permintaan global untuk bahan api penerbangan mampan semakin meningkat.

April lalu, pesawat Airbus A380 melakukan penerbangan selama tiga jam dengan sebuah enjin dikuasakan sepenuhnya oleh bahan api penerbangan mampan yang dibuat daripada minyak masak terpakai.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya