Melampau buat pertunjukan fesyen di pekarangan masjid

Melampau buat pertunjukan fesyen di pekarangan masjid

SEKUMPULAN anak muda dilihat memperagakan pakaian di pekarangan Masjid Agung Ciamis, Jawa Barat.-TIKTOK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAWA BARAT: Ketua Komuniti Ciamis MUA, Santi Novianti meminta maaf kepada seluruh lapisan masyarakat berhubung acara pertunjukan fesyen yang dilakukan di pekarangan Masjid Agung Ciamis sehingga tular dalam media sosial. 

Katanya, insiden tersebut akan dijadikan pengajaran dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan sama. 

“Kami minta maaf kepada seluruh masyarakat Kabupaten Ciamis khususnya kepada Dewan Kesejahteraan Masjid (DKM) dan ulama Ciamis. 

“Kami juga tiada niat untuk menularkan video pertunjukan fesyen itu. Semuanya berlaku di luar jangkaan kami,” katanya lapor Tribunnews.   

Sejak beberapa hari lalu, video pertunjukan fesyen yang dimuat naik itu menuai kecaman ramai kerana melanggar norma agama dan kesusilaan. 

Video yang dimuat naik dalam beberapa akaun di TikTok dan Instagram menimbulkan kemarahan ramai kerana lokasi yang digunakan bagi pertunjukan fesyen adalah pekarangan rumah ibadah. 

Rakaman video menunjukkan sekumpulan lelaki dan wanita berkumpul di halaman masjid untuk memperagakan pakaian. 

Mereka dilihat berjalan berlenggang-lenggok ketika mempamerkan busana serta aksesori yang dipakai.

Dalam pada itu, Ketua DKM Masjid Agung Ciamis, Wawan S Arifin berkata, pihaknya akan memberikan hukuman kepada peserta dan penganjur acara. 

“Mereka diminta mengikuti pembelajaran ilmu agama secara rutin iaitu dua minggu sekali selama tiga bulan di masjid ini. 

“Pada mulanya, penganjur memang ada memaklumkan acara itu di sekitar jalan Ciamis. Namun, entah kenapa mereka melakukan aktiviti itu di halaman masjid. 

“Jadi, kita berharap masyarakat tidak meniru perbuatan yang dilakukan penganjur,” katanya. 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya