Lelaki Uighur tunggu 1,338 hari untuk berjumpa isteri, anak - Utusan Malaysia

Lelaki Uighur tunggu 1,338 hari untuk berjumpa isteri, anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY: Sadam Abdusalam iaitu seorang lelaki warga Australia berketurunan etnik Uighur menzahirkan kesyukuran kerana dapat bersatu semula dengan isteri dan dua anaknya selepas terpidah selama 1,338 hari.

Isterinya, Nadila Wumainer yang ketika itu mengandung anak kedua dilarang meninggalkan Xinjiang pada 2017 apabila pihak berkuasa China merampas pasportnya, sekali gus merencatkan rancangannya untuk bersama suaminya di Australia.

Salam hanya berpeluang bersua muka dengan anak keduanya yang dinamakan Lutfi pada hujung 2020 buat kali pertama di lapangan terbang Sydney.

Kini, Lutfi sudah berusia lima tahun dan laporan terbaharu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengesahkan Beijing menindas etnik minoriti tersebut.

Jelas Salam, ibu bapanya menghantar dia ke Sydney pada 2009 untuk belajar bahasa Inggeris dengan bapanya menasihatkan dia supaya tidak pulang ke Xinjiang.

“Sejak dari sekolah, pelajar berbangsa Cina sering melabel kami sebagai pengganas dan militan.

“Namun, saya tidak salahkan mereka kerana media China yang patut dipersalahkan kerana merekalah yang menyebarkan sentimen dan propaganda untuk mengasingkan kami,” katanya.

Salam bertemu isterinya pada 2015 secara dalam talian dan berkahwin tidak lama kemudian, selain perlu menjalani hubungan jarak jauh.

Katanya, apabila dia membuat laporan kepada pihak berkuasa yang isterinya tidak dibenarkan memasuki Australia, Nadila akan ‘diganggu’ pihak berkuasa China.

Kini, semua penderitaan dan penantiannya sudah berakhir dan Salam hanya mahu menjalani kehidupan bahagia bersama isteri dan dua anaknya.

Namun, lelaki itu tetap menzahirkan rasa sedih terhadap nasib yang menimpa saudaranya di Xinjiang.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN