Lelaki terapung di udara dua hari ketika mengutip kacang pine - Utusan Malaysia

Lelaki terapung di udara dua hari ketika mengutip kacang pine

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Seorang lelaki diselamatkan selepas terapung di udara selama dua hari selepas belon gas hidrogen yang dinaikinya hilang kawalan ketika dia menuai kacang pine.

Lelaki yang dikenali sebagai Hu Yongxu itu mengutp kacang tersebut di timur laut China di wilayah Heilongjiang bersama rakannya apabila belon berkenaan tiba-tiba hilang kawalan.

Rakannya berjaya melompat keluar, namun Yongxu terperangkap menyebabkan belon itu terapung dan bergerak sejauh 300 kilometer.

Yongxu kemudiannya menghubungi abang iparnya dan memaklumkan kejadian yang berlaku.

Sehari kemudian, pihak berkuasa berjaya menghubungi Yongxu dan memberikan arahan menerusi telefon untuk mendarat secara selamat.

Tidak lama kemudian, lelaki itu mendarat di kawasan hutan, namun pasukan keselamatan berdepan kesukaran untuk mengesan kedudukannya berikutan telefonnya sukar dijejaki.

Yongxu hanya berjaya ditemukan dua haru kemudian dalam keadaan baik dan hanya mengalami kecederaan ringan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN