Lelaki selamba 'tampar' beruang

Lelaki selamba ‘tampar’ beruang

SEORANG lelaki kelihatan menampar beruang yang muncul tiba-tiba di kandang miliknya. -TIKTOK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANADA: Rakaman sebuah video dalam TikTok menunjukkan detik cemas seorang lelaki yang bertindak berani dengan ‘menampar’ seekor beruang grizzly yang tiba-tiba muncul di kawasan kandang miliknya. 

Lapor Daily Mail, lelaki itu dilihat memukul di bahagian kepala beruang coklat Amerika Utara ketika bersama anjing dan teman wanitanya. 

Beruang itu dipercayai bersembunyi di dalam kandang miliknya selepas terkejut dengan tindakan lelaki itu.  

Dia kemudian memikirkan cara untuk menghalang haiwan liar tersebut daripada terus menyerang keluarganya.  

Selepas beberapa percubaan, lelaki itu mengikat tali di tangan dan melemparkan cangkuk terhadap beruang yang berada di dalam kandang. 

Beruang itu terkejut dan akhirnya melarikan diri. 

Lelaki itu dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan dan rakaman video tersebut meraih 3.1 juta tontotan. 

Susulan insiden itu, pakar menasihatkan penduduk yang tinggal di kawasan berdekatan dengan habitat beruang agar sentiasa menyimpan semburan beruang sekiranya berlaku serangan mengejut. 

Pemilik kandang juga diingatkan memasang pagar dan langkah perlindungan yang betul bagi melindungi harta benda. 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.