Lelaki mahu lihat sendiri jasad Ratu Elizabeth dalam keranda

Lelaki mahu lihat sendiri jasad Ratu Elizabeth dalam keranda

POLIS menahan Muhammad Khan yang cuba mendekati keranda Ratu Elizabeth II di Westminster Hall. - TWITTER
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seorang lelaki ditahan selepas cuba menarik bendera `Royal Standard’ Scotland yang disarungkan atas keranda Ratu Elizabeth II ketika istiadat penghormatan terakhir mendiang berlangsung di Westminster Hall menjelang upacara persemadian negara.

Lapor Daily Mail, Muhammad Khan, 28, berbuat demikian kerana `tidak percaya dan mahu memeriksa sendiri sama ada Ratu Elizabeth II sudah mangkat’.

Pada sesi perbicaraan, mahkamah dimaklumkan Muhammad juga `merancang untuk menceroboh beberapa kediaman diraja’ termasuk Istana Buckingham.

“Lelaki itu dikatakan mahu menulis surat kepada ahli keluarga diraja dan sekiranya tidak menerima sebarang maklum balas maka dia bercadang untuk bercakap dengan ratu sendiri.

“Malah, dia memberitahu mahkamah bahawa dia akan terus cuba menceroboh selagi masih hidup sekiranya hasratnya tidak kesampaian,” jelas laporan itu.

Muhammad dihadapkan di Mahkamah Majistret Westminster selepas ditahan polis kerana meluru ke arah keranda Ratu Elizabeth II ketika istiadat penghormatan terakhir mendiang di Westminster Hall.

Mahkamah dimaklumkan Muhammad mengalami delusi dan percaya Raja Charles III mempunyai kaitan dengan kemangkatan Ratu Elizabeth II.

Liputan siaran langsung yang menunjukkan ribuan orang beratur untuk memberi penghormatan terakhir kepada ratu kesayangan mereka di Westminster Hall, tergendala seketika apabila lelaki itu ditahan polis selepas cuba mendekati keranda mendiang.

Muhammad didakwa di bawah Seksyen 4A Akta Ketenteraman Awam.

Pendakwa raya Luke Staton berkata, Muhammad merupakan antara 250,000 orang yang berbaris memasuki Westminster Hall untuk memberi penghormatan terakhir kepada baginda antara Rabu hingga Isnin lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya