Lelaki berbogel hadiri perbicaraan di mahkamah

Lelaki berbogel hadiri perbicaraan di mahkamah

ALEJANDRO Colomar dihalang anggota polis yang berkawal di mahkamah Valencia. - ELDIARIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID: Tular dalam media sosial rakaman video pelik memaparkan seorang lelaki tanpa pakaian dihalang daripada memasuki sebuah mahkamah di Sepanyol untuk menghadiri perbicaraan.

Lapor Daily Mail, Alejandro Colomar, 29, dihalang oleh beberapa anggota polis yang mengawal di hadapan mahkamah Valencia ketika cuba memasuki ke dalam bangunan itu.

Ketika kejadian, Colomar hanya memakai stokin dan sepasang but serta membawa beg galas yang mengandungi pakaian ganti.

Colomar yang bekerja untuk sebuah syarikat perisian berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) sebelum ini pernah didenda beberapa kali kerana enggan memakai pakaian di khalayak ramai.

“Saya suka melakukannya, malah saya sentiasa pergi ke pantai dalam keadaan berbogel sejak kecil lagi dan tidak pernah mengalami sebarang masalah,” katanya.

Menurut Colomar, dia membuat beberapa carian di internet dan mendapati ia tidak salah untuk berbuat demikian.

“Perbuatan itu adalah sah di sisi undang-undang dan saya mula melakukannya.

“Mereka mengenakan denda kepada saya kerana polis tidak memahami undang-undang,” katanya.

Sementara itu, peguam Colomar iaitu Pablo Mora berkata, anak guamnya didenda hampir AS$2,900 (RM13,471) kerana melanggar Artikel 37 Undang-Undang Maksiat bandar itu yang melarang kebogelan melampau.

Mora mendakwa pihaknya berjaya mencabar hukuman itu kerana Colomar tidak berkeliaran sekitar jalanan dengan menunjukkan jenis tingkah laku yang memerlukan penangkapan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya