Lagi kebocoran saluran paip Nord Stream dikesan - Utusan Malaysia

Lagi kebocoran saluran paip Nord Stream dikesan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

STOCKHOLM: Insiden kebocoran gas keempat dilaporkan dikesan di saluran paip bawah laut yang beroperasi dari Russia ke Eropah.

Insiden terbaharu itu berlaku selepas beberapa letupan berlaku pada minggu ini melibatkan saluran paip Nord Stream yang didakwa berpunca daripada perbuatan khianat.

“Terdapat dua kebocoran dikesan di bahagian Sweden dan dua lagi kebocoran di bahagian Denmark,” menurut Pengawal Pantai Sweden.

Pihak berkuasa negara ini memaklumkan, kebocoran itu berlaku dalam ‘jarak dekat’.

Media tempatan melaporkan, kebocoran itu berlaku di saluran paip Nord Stream 2, namun, tiada pengesahan dibuat setakat ini.

Sweden sebelum ini melaporkan kebocoran saluran paip Nord Stream 1 di timur laut Bornholm, manakala Denmark mengesahkan kebocoran di Nord Stream 2 di tenggara negara itu dan kebocoran ketiga berlaku di Nord Stream 1 bahagian timur laut Denmark.

Kebocoran yang berlaku dikesan menerusi permukaan laut yang berbuih.

Russia sehingga kini menafikan dakwaan melakukan sabotaj terhadap saluran paip yang bocor, biarpun Eropah dan Barat percaya negara itu mungkin adalah ‘dalang utama’.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya