Kualiti pegawai kerajaan Indonesia lebih rendah dari negara lain

Kualiti pegawai kerajaan Indonesia lebih rendah dari negara lain

KUALITI pegawai kerajaan di Indonesia disifatkan lebih rendah berbanding negara lain. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Kementerian Pemerkasaan Pegawai Tinggi Negara menyifatkan kualiti pegawai kerajaan Indonesia lebih rendah berbanding negara lain.

Sehubungan itu, menterinya, Abdullah Azwar Anas menyeru supaya kerajaan melakukan transformasi birokrasi hingga boleh mencapai prestasi kerja yang lebih baik.

“Indeks pegawai kerajaan di Indonesia masih lebih rendah berbanding negara lain, terutamanya negara jiran kita.

“Bagi memastikan pegawai kerajaan kita berkualiti dalam menjalankan tugas, sekali gus menjaga nama baik negara, semua pihak haruslah menggalakkan transformasi dari segi organisasi, sistem tugas dan birokrasi berkesan,” katanya seperti yang dilapor Kompas.com.

Jelas Abdullah, transformasi prestasi dalam kalangan pegawai kerajaan perlu dilakukan segera bagi membolehkan golongan tersebut berkhidmat dengan lebih menyeluruh.

Katanya, perkhidmatan yang menyeluruh akan memberi impak yang baik kepada negara dan masyarakat.

“Saranan itu selaras dengan aspirasi yang didukung oleh Presiden Joko Widodo (Jokowi) yang mahukan birokrasi memberi kesan positif kepada masyarakat.

“Pentadbiran secara kolektif juga dapat menggalakkan pemahaman lebih baik dalam menyelesaikan masalah yang berlaku dalam kerajaan dan rakyat,” ujarnya.

Sementara itu, Abdullah turut menyentuh isu berkenaan pembangunan kualiti oleh kerajaan dalam menghasilkan penjawat awam termasuk pegawai kerajaan yang terbaik dalam berkhidmat untuk masyarakat.

“Tidak kisah kita di peringkat mana, semua lapisan dalam kerajaan perlu perlu memberi layanan yang baik kepada masyarakat.

“Semuanya boleh bermula dengan senyuman dan sikap berbudi bahasa,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya