Korea utara didakwa lancar peluru berpandu balistik - Utusan Malaysia

Korea utara didakwa lancar peluru berpandu balistik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Korea Utara didakwa melancarkan peluru berpandu balistik, hari ini, kata tentera Seoul.

Pelancaran itu dibuat beberapa hari selepas sebuah kapal pengangkut Amerika Syarikat (AS) tiba untuk mengadakan latihan ketenteraan bersama Korea Selatan dalam amaran kekerasan terhadap Pyongyang.

Menurut Ketua Staf Bersama (JCS), tentera Seoul mengesan sebuah peluru berpandu jarak dekat yang dilancarkan Korea Utara pada pukul 6.53 pagi (waktu tempatan) di sekitar Taechon di wilayah Pyongan Utara menuju ke arah Laut Timur.

Jelas JCS dalam kenyataan, peluru itu terbang kira-kira 600 kilometer pada ketinggian sekitar 60 km, dengan kelajuan maksimum Mach 5.

Dengan rundingan yang sudah lama terhenti, Korea Utara menjalankan siri ujian senjata malah merombak undang-undang pada awal bulan ini untuk mengisytiharkan negara itu sebagai kuasa nuklear.

Pelancaran hari ini, merupakan yang terbaharu dalam rekod ujian senjata oleh Pyongyang setakat tahun ini, termasuk menguji peluru berpandu balistik antara benua pada jarak penuh buat kali pertama sejak 2017.

Di selatan sempadan, Presiden Korea Selatan, Yoon Suk-yeol meningkatkan latihan ketenteraan negara itu bersama sekutu utamanya, AS.

Sementara itu, pengawal pantai Jepun mengeluarkan amaran untuk kapal selepas pelancaran peluru berpandu itu.

Menteri Pertahanan Jepun, Yasukazu Hamada berkata, peluru berpandu itu mendarat di luar Zon Ekonomi Eksklusif Jepun. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya