Korban gempa Papua New Guinea meningkat kepada 10 mangsa - Utusan Malaysia

Korban gempa Papua New Guinea meningkat kepada 10 mangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT MORESBY: Angka kematian akibat gempa bumi melanda Papua New Guinea meningkat kepada 10 orang.

Jumlah korban itu dimaklumkan oleh pihak berkuasa ketika penduduk di komuniti terpencil bergelut untuk pulih daripada kerosakan meluas akibat bencana itu.

Gempa bumi berukuran 7.6 magnitud yang melanda negara itu menyebabkan ratusan rumah dan jalan raya rosak, bekalan elektrik terputus serta mencetuskan beberapa kejadian tanah runtuh.

Menurut agensi pengurusan bencana, angka korban itu membabitkan seorang remaja berusia 16 tahun yang maut akibat tanah runtuh di kampung Woku.

Terdahulu, tiga pelombong aluvium yang bekerja di kampung Woku maut selepas tertimbus secara hidup akibat tanah runtuh.

Pasukan kecemasan menjalankan operasi mencari dan menyelamat mangsa selama beberapa hari.

Pemantauan udara menunjukkan siri kejadian tanah runtuh berlaku dan kerosakan kediaman penduduk di komuniti terpencil ketika bantuan dikatakan lambat sampai. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN