Kes tikaman: Seorang daripada suspek ditemukan mati

Kes tikaman: Seorang daripada suspek ditemukan mati

DAMIEN Sanderson (kiri) ditemukan maut di kawasan berumput berhampiran sebuah rumah di James Smith Cree Nation. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SASKATCHEWAN: Seorang daripada suspek yang disyaki terlibat dalam insiden tikaman beramai-ramai di Weldon, Saskatchewan pada Ahad lalu ditemukan dalam keadaan sudah meninggal dunia, manakala adiknya yang juga merupakan suspek, masih bebas.

Kedua-dua beradik itu didakwa menyebabkan kematian 10 orang dan mencederakan 18 yang lain dalam kejadian tikaman beramai-ramai di komuniti Orang Asli, di sini.

Serangan itu disifatkan paling buruk dalam sejarah negara ini, dengan polis memaklumkan, sesetengah daripada mangsa menjadi sasar kedua-dua supek tersebut.

Damien Sanderson, 31, ditemukan mati di James Smith Cree Nation dan adiknya, Myles Sanderson, 30, mungkin mengalami kecederaan dan cuba mendapatkan rawatan keceamasan, menurut jurucakap polis, Rhonda Blackmore dalam sidang akhbar.

Dengan kematian Damien, jumlah korban kini meningkat kepada 11 orang dan 19 cedera.

Blackmore memberitahu, mayat Damien ditemukan di kawasan berumput berhampiran sebuah rumah yang kini diperiksa pihak berkuasa.

“Kami boleh sahkan Damien mempunyai kesan luka yang jelas yang mungkin menyebabkan kematiannya.

“Kami juga tidak boleh sahkan jika adiknya menyebabkan kematian Damien, namun kami akan siasat perkara ini,” katanya.

Dalam pada itu, Blackmore memberi amaran kepada masyarakat bahawa Myles merupakan ancaman berbahaya kepada komuniti dan mereka diminta segera melaporkan kepada polis sekiranya mempunyai maklumat berkaitan.

Myles diburu polis sejak Mei lalu selepas dia berhenti berjumpa dengan pegawai parolnya selepas menjalani hukuman penjara bagi kesalahan menyerang, merompak dan mengugut. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN