Kes tembak di sekolah Russia ragut sembilan nyawa

Kes tembak di sekolah Russia ragut 13 nyawa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Seramai 13 mangsa maut manakala beberapa mangsa lain cedera dalam insiden tembakan di sebuah sekolah di bandar Izhevsk, hari ini.

Kementerian Dalam Negeri memaklumkan mengenai serangan di sebuah sekolah yang mempunyai seramai 1,000 murid menerusi saluran Telegram.

Beberapa rakaman video tersebar dalam media sosial menunjukkan murid sekolah panik selepas insiden tembakan itu.

Beberapa keping gambar juga menunjukkan kesan tumpahan darah di lantai sebuah kelas dan tingkap berlubang akibat ditembak.

“Hari ini, polis menerima mesej berlaku tembakan di sebuah sekolah di No.88 di bandar Izhevsk,” kata kementerian.

Agensi berita Tass memaklumkan tiada butiran lanjut mengenai mangsa yang terkorban.

Gabenor wilayah Udmurtia, Alexander Brechalov berkata, penembak yang belum dikenal pasti itu menceroboh masuk sebuah sekolah di Izhevsk.

“Suspek menembak mati pengawal keselamatan, guru dan beberapa kanak-kanak-kanak di sekolah yang menempatkan pelajar Gred 1 hingga 11.

“Penyerang yang mempunyai pistol memakai baju dengan simbol Nazi.,” katanya.

Difahamkan, suspek membunuh diri selepas seragan itu dan butiran mengenai penembak mahupun motif serangan belum diketahui.

Izhevsk adalah sebuah bandar di barat pergunungan Ural di tengah Russia.-BBC

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya