Kes Rosmah dapat liputan meluas media antarabangsa

Kes Rosmah dapat liputan meluas media antarabangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Keputusan perbicaraan terhadap Datin Seri Rosmah Mansur berhubung kesalahan meminta dan menerima rasuah mendapat liputan meluas media antarabangsa, hari ini.

Antaranya termasuk agensi berita AFP, Reuters, BBC, Al-Jazeera, The Edge Markets, Channel News Asia dan banyak lagi.

‘Rosmah’ malah menjadi topik paling sohor dalam Twitter dengan 41,600 ciapan setakat pukul 5 petang tadi.

Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan denda RM979 juta ke atas Rosmah selepas didapati bersalah melakukan kesalahan tersebut, enam tahun lalu.

Rosmah, 70, didapati bersalah atas pertuduhan meminta rasuah RM187.5 juta dan menerima RM6.5 juta melalui bekas pegawai khasnya, Datuk Rizal Mansor berhubung projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar di sekolah luar bandar di Sarawak.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN