Kanak-kanak lelaki tertelan kunci ketika bermain

Kanak-kanak lelaki tertelan kunci ketika bermain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

INDRAMAYU: Seorang kanak-kanak berusia lapan tahun di Indramayu, Jawa Barat tidak sengaja tertelan kunci sehingga menyebabkan objek tersebut tersangkut di dalam perutnya.

Sehubungan itu, kanak-kanak tersebut perlu menjalani pembedahan bagi mengeluarkan kunci tersebut.

Namun, keluarganya tidak mempunyai kemampuan untuk membiayai kos pembedahan memandangkan kanak-kanak itu merupakan anak yatim.

Dia hanya tinggal bersama ibu dan dua adik beradiknya, manakala bapanya sudah meninggal dunia.

Lapor Tribunnews, kanak-kanak itu tertelan kunci pada minggu lalu ketika bermain telefon sambil menggigit objek tersebut.

Disebabkan mengantuk, kanak-kanak itu tidak sedar dia tertelan kunci berkenaan dan perkara tersebut disedari ibunya.

Ibunya segera membawa mangsa ke klinik berhampiran dan doktor memaklumkan kunci itu tersekat di dalam perut anaknya, sekali gus memerlukan pembedahan segera.

Pelbagai cara dilakukan ibunya untuk mendapatkan duit bagi menampung kos pembedahan, namun sehingga kini, masih belum mencukupi

Dalam pada itu, biarpun sudah seminggu tertelan kunci, keadaan kanak-kanak itu masih baik tanpa gejala serius.

Sementara itu, pihak berkuasa tempatan berjaya mendapatkan bantuan pakej perubatan untuk keluarganya, namun hanya boleh digunakan pada 1 Oktober ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya