Juruterbang Lufthansa lancar mogok esok sebab gaji tak naik

Juruterbang Lufthansa lancar mogok esok sebab gaji tak naik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

FRANKFURT: Juruterbang di syarikat penerbangan Lufthansa akan melancarkan mogok esok dalam usaha menuntut kenaikan gaji.

Kesatuan Juruterbang Vereinigung Cockpit berkata, tindakan protes itu dilakukan selepas rundingan memohon kenaikan gaji sebanyak 5.5 peratus dengan pihak pengurusan gagal dicapai.

Wakil jurucakap kesatuan itu, Matthias Baier berkata, pihak mereka tidak menerima sebarang tawaran berbaloi sehingga sekarang.

Keputusan meneruskan mogok dibuat selepas juruterbang di anak syarikat Lufthansa, Eurowings bersetuju turut serta dalam mogok kali ini.

Julai lalu, Lufthansa terpaksa membatalkan hampir semua penerbangan dari Frankfurt dan Munich disebabkan mogok kakitangan darat.

Usaha itu dilakukan bagi memberi tekanan kepada pihak pengurusan dalam hal rundingan gaji.-REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya