Junta tentera kuatkuasa perintah berkurung di Naypyidaw - Utusan Malaysia

Junta tentera kuatkuasa perintah berkurung di Naypyidaw

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NAYPITAW: Junta tentera Myanmar menguatkuasakan perintah berkurung sebelah malam di ibu kota Naypyidaw sejak Sabtu lalu.

Perintah berkurung antara tengah malam hingga pukul 4.00 pagi itu juga melarang lebih empat orang berkumpul.

Perarakan dan ucapan awam juga diharamkan.

Sebanyak lapan bandar di Naypyidaw dikenakan perintah berkurung atas alasan sesetengah penduduk bertindak menjejaskan keselamatan awam, undang-undang dan ketenteraman awam.

Sekatan lebih ketat juga dikenakan di kawasan yang menganjurkan bantahan.-AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN