WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden menerusi satu wawancara menyatakan pandemik Covid-19 di negara ini sudah pun berakhir.
Dengan kebanyakan peraturan Covid-19 sudah dimansuhkan di hampir semua negeri, rakyat negara ini sudah cukup bersedia menghadapi sebarang kemungkinan sekiranya gelombang koronavirus kembali meningkat.
“Pandemik ini sudah berakhir. Kita masih ada masalah dengan Covid-19 dan banyak yang perlu dilakukan untuk membendungnya, namun pandemik sudah berakhir.
“Jika anda perasa, tiada seorang pun memakai pelitup muka ketika ini. Semua orang kelihatan dalam keadaan baik dan oleh hal yang demikian, saya rasakan situasi kini sudah berubah,” katanya.
Biden berkata demikian ketika diwawancara oleh program berita CBS.
Kenyataan Biden itu dibuat beberapa minggu selepas pentadbirannya meminta Kongres dana berjumlah bilion dolar bagi mengekalkan program saringan dan vaksin Covid-19. – AFP